ALAT KEMAHIRAN BERFIKIR


Menurut kamus dewan edisi keempat, alat bermaksud barang apa yang diperlukan atau digunakan untuk membuat (mengerjakan atau menghasilkan) sesuatu.

Kemahiran pula kecekapan atau kepandaian.

Berfikir bermaksud menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu.

Alat kemahiran berfikir bermaksud barang yang digunakan untuk membantu menambah kecekapan semasa dalam proses menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu.

Jadi apakah alat kemahiran berfikir yang sering digunakan para pelajar?

1. Peta Minda


peta minda

Pencipta peta minda adalah Tony Buzan. Tony Buzan adalah pakar otak berkaitan memori, pembacaan pantas, kreativiti dan inovasi.

Peta minda adalah alat kemahiran belajar yang telah lama diperkenalkan dan masih relevan diguna pakai oleh semua lapisan umur.

Peta minda adalah salah satu teknik grafik. penggunaan imej dan warna yang pelbagai sememangnya memudahkan pelajar dalam proses pembelajaran. Antara kebaikan peta minda adalah, penggunaan kedua-dua otak kiri dan kanan serentak, meningkatkan daya ingatan dan sangat fleksibel untuk digunakan.


2. Peta Grafik

peta grafik: tulang ikan


Peta grafik atau juga dikenali sebagai peta konsep mempunyai konsep yang agak berbeza dengan peta minda. Hal ini kerana, peta grafik mempunyai fungsi tersendiri berbanding dengan peta minda yang sangat fleksibel untuk digunakan.

Peta grafik boleh digunakan untuk menunjukkan perkaitan, membuat pengklasifikasian, menunjukkan turutan,membanding beza dan juga untuk menunjukkan konsep.

Peta grafik tulang ikan seperti yang ditunjukkan di atas adalah salah satu contoh bagi peta grafik yang digunakan untuk menunjukkan perkaitan. Peta grafik tulang ikan ini berfungsi untuk menerangkan sebab dan akibat.

Antara kebaikan peta grafik adalah dapat meningkatkan daya kognitif pelajar. Hal ini kerana peta grafik meringkaskan perkataan yang panjang kepada hanya kata kunci. Oleh itu, pelajar tidak perlu memproses maklumat semantik dalam kuantiti yang banyak untuk memahami sesuatu topik. Selain itu, pelajar juga boleh nampak dengan lebih jelas apabila menggunakan peta grafik. Ini pula adalah kerana peta grafik mengasingkan maklumat mengikut kepentingan.



3. SOALAN DAN PENYOALAN


Teknik soalan dan penyoalan adalah alat kemahiran belajar lain yang sesuai digunakan oleh semua orang terutamanya guru. Sebagai guru, teknik ini membolehkan kita membentuk soalan dan menggunakannya secara efektif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Soalan yang baik menepati aspek aras, skop dan fokus.

Teknik soalan dan penyoalan ini terdiri daripada soalan bertumpu dan bercapah, lingkaran soalan, kata tanya, kreatif kritis dan Taksonomi Bloom.

Untuk memberi gambaran dengan lebih jelas,
saya akan sertakan pautan bagi soalan bertumpu dan bercapah dan lingkaran soalan:





Soalan kata tanya pula menggunakan teknik 5W dan 1H: where, when, why, what, who dan how.Soalan kreatif pula mahukan jawapan pelajar sendiri tanpa mengikut konteks pembelajaran. Berbeza dengan solan kritis yang memerlukan pelajar untuk berfikir secara matang dan kebiasannya tiada jawapan yang khusus untuk soalan ini. Akhirnya adalah taksonomi Bloom yang membuat soalan berdasarkan aras iaitu aras rendah, sederhana dan tinggi mengikut kemampuan murid-murid.

4. Alat CoRT

ALAT CoRT

CoRT adalah Cognitive Research Trust. Pelopor bagi idea ini adalah Edward de Bono, seorang ahli fizik dan ahli psikologi yang banyak menulis buku tentang alat CoRT ini.

Antara idea yang disumbangkan oleh Edward de Bono adalah 6 thinking hats yang menggunakan 6 warna yang berbeza untuk membezakan elemen dalam satu maklumat.

Alat CoRT terdiri daripada 6 bahagian dan bahagian untuk berfikir adalah yang pertama iaitu keluasan persepsi.

5. Peta Pemikiran i-THINK

Peta i-THINK

Peta pemikiran i-THINK adalah hasil kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) dan diperkenalkan di seluruh Malaysia pada tahun 2014.

Peta pemikiran i-THINK ini terdiri daripada lapan peta iaitu peta bulatan, peta buih, peta buih berganda, peta pokok, peta dakap, peta alir, peta pelbagai alir dan peta titi.

Semua peta mempunyai fungsinya yang tersendiri dan akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam topik peta pemikiran.

No comments:

Post a Comment