Setiap kebaikan pasti akan ada kelemahan. Terlalu banyak mengambil masa, tidak relevan dan kadangkala menjadi asbab pelajar menjadi malas adalah antara kelemahan peta pemikiran ini.
Mari kita renungkan kelemahan yang ketara melalui penggunaan peta pemikiran ini.
1. Terlalu banyak membuang masa
PELAJAR MEMBUANG MASA YANG TERLALU BANYAK |
Kadangkala pelajar banyak membuang masa bagi memastikan peta pemikiran yang digunakan tampak lebih cantik dan menarik. Tidak menjadi masalah untuk mencantikkan peta minda namun jika terlalu memikirkan kesempurnaan sehinggakan maklumat tiada, alangkah ruginya pelajar!
Sebagai contoh, pelajar ingin menggunakan peta buih. Pelajar banyak menghabiskan masa untuk membuat bulatan bulatan kecil yang sempurna dengan aneka warna. Akibatnya, pelajar akan kurang menumpukan perhatian terhadap apa yang guru ajar di hadapan. Akhirnya, peta pemikiran sahaja yang cantik namun tidak efektif dan tidak mampu membantu pelajar dalam pelajaran.
2. Tidak relevan
PELAJAR AKHIRNYA KELIRU DENGAN PETA PEMIKIRAN |
Tidak dinafikan peta pemikiran sememangnya satu langkah yang sangat efektif untuk membantu pelajar namun tidak semua peta pemikiran relevan untuk digunakan dalam semua topik. Setiap peta pemikiran ada fungsi tersendiri dan jika pelajar tersilap memilih peta pemikiran, akibatnya pelajar hanya akan berasa bingung.
Tidak semua pelajar dianugerahkan kecerdikan yang tinggi untuk membezakan maklumat mengikut fungsi peta pemikiran. Kadangkala, guru juga tersilap langkah dalam memilih peta pemikiran yang sesuai untuk digunakan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
3. Ketidaksampaian Maklumat
PETA PEMIKIRAN MENYEBABKAN PELAJAR TIDAK BOLEH MENGAITKAN MAKLUMAT YANG DIPELAJARI |
Peta pemikiran berfungsi untuk meminimumkan perkataan namun tidak mengurangkan output pembelajaran. Tetapi kadangkala satu peta pemikiran tidak mampu untuk meliputi satu topik tersebut. Hal ini menyebabkan pelajar terlepas pandang akan fakta yang penting dan sepatutnya diberi perhatian dalam topik tersebut.
4. Pelajar Malas
4. Pelajar Malas
PELAJAR BIASA DISUAP OLEH GURU SEHINGGA TIDAK BERDIKARI |
Membuat peta pemikiran di kelas akan mengambil masa yang lama terutama apabila guru akan menyuruh pelajar membuat peta pemikiran mengikut pemahaman masing-masing. Pelajar akan menghadapi masalah dari segi pemilihan peta pemikiran, warna yang hendak digunakan sehinggalah ke isi yang ingin dicari. Menjadi masalah yang sangat besar apabila pelajar bukan malas, tetapi mereka tidak tahu.
Hal ini akan menimbulkan masalah buat guru untuk meneruskan sesi pembelajaran. Kebiasannya, guru akan membuat inisiatif sendiri untuk menyediakan peta pemikiran yang kosong dan pelajar hanya perlu mengisi tempat kosong. Akibatnya, pelajar tidak menggunakan kemahiran berfikir, malah menjadi malas dan hanya menunggu guru untuk menyediakan segalanya.
No comments:
Post a Comment