KEKUATAN

Penggunaan peta pemikiran semakin meluas hari demi hari.

Adakah penggunaannya mempunyai kebaikan tersendiri?

Apakah kebaikan penggunaan peta pemikiran sebenarnya?

Dari pandangan saya, peta pemikiran sangat membantu pelajar untuk mudah faham, menguatkan ingatan, praktikal dan meningkatkan fokus pelajar.

1. Mudah Faham


PETA MINDA YANG BERWARNA-WARNI MAMPU MERANGSANG MINDA PELAJAR

Peta pemikiran diperkenalkan memang bertujuan untuk pelajar mudah faham akan sesuatu topik. Penggunaan warna yang pelbagai membolehkan pelajar membezakan sesuatu maklumat dengan mudah. Pelopor peta minda, Tony Buzan turut menyatakan bahawa apabila penggunaan warna yang pelbagai digunakan, otak akan berkembang.


PENGGUNAAN IMEJ DAN WARNA YANG BERBEZA SANGAT MEMBANTU PELAJAR DALAM PROSES PEMBELAJARAN

2. Mengukuhkan Ingatan

Memori manusia terbahagi kepada dua-memori jangka panjang dan jangka pendek. Kebiasaannya, apa yang pelajar belajar semuanya adalah memori jangka pendek. Jika pelajar menggunakan peta pemikiran yang banyak menggunakan imej, ingatan pelajar akan menjadi lebih kukuh. Hal ini kerana, otak manusia memproses imej lebih efektif berbanding perkataan.

Apabila menggunakan peta pemikiran, secara tidak langsung pelajar telah menggunakan kedua-dua belah otak kiri dan kanan.


OTAK KIRI DAN KANAN MEMPUNYAI FUNGSI TERSENDIRI

3. Praktikal

Penggunaan peta pemikiran adalah sangat praktikal terutama ketika menggunakan peta minda. Peta minda lebih bersifat peribadi berbanding dengan peta pemikiran yang lain Peta minda berfungsi sebagai satu peta kognitif yang tidak ada kekangan formal tentang hubungkait yang digunakan. Ini bermaksud, peta minda ini fleksibel untuk disusun mengikut kepentingan sesuatu informasi dan mudah untuk dikemaskini. Peta minda membolehkan pelajar mencatat semua idea yang muncul secara tiba-tiba dengan cepat.

Selain itu, penggunaan peta minda tidak memerlukan pelajar untuk menggunakan buku tebal setiap masa terutama apabila dekat dengan musim peperiksaan.


PELAJAR TIDAK PERLU BERGANTUNG SEPENUHNYA  PADA BUKU TEBAL SEKIRANYA MENGGUNAKAN PETA MINDA


4. Meningkatkan Fokus

Manusia tidak mampu fokus lebih daripada 8 saat, terutama membaca teks yang sangat panjang dan hanya mempunyai satu warna sahaja. Pelajar pasti bosan dan akhirnya tidak mampu fokus di dalam kelas.


TEKS YANG PANJANG TANPA WARNA YANG BERBEZA MEMBUATKAN PELAJAR MENGANTUK DAN BOSAN

Tony Buzan juga ada menyatakan bahawa manusia mudah mengingati sesuatu yang menarik untuk dipandang atau tulisan yang ringkas untuk disimpan di dalam minda. Oleh itu, peta pemikiran sangat membantu untuk meningkatkan fokus pelajar.





No comments:

Post a Comment