PETA PEMIKIRAN


Peta pemikiran i-THINK mula diperkenalkan pada tahun 2014 di seluruh Malaysia oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi tujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar berfikiran kreatif dan kritis serta inovatif.

i-THINK membawa maksud innovative thinking. sudah terang lagi bersuluh, peta i-THINK diperkenalkan untuk membantu pelajar berfikir secara kritis. secara tidak langsung, peta i-THINK ini telah menepati salah satu daripada 6 aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu menerapkan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar.

Hasil dapatan daripada program TIMMS dan PISA mendapati pelajar mempunyai masalah untuk mengaplikasikan pengetahuan mereka. hal ini dikatakan kerana guru hanya mengajar pelajar untuk menghadapi peperiksaan sahaja. akibatnya, kemahiran berfikir aras tinggi  (KBAT) dalam kalangan pelajar amat rendah. oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Agensi Inovasi Malaysia memperkenalkan peta i-THINK ini

Terdapat 8 jenis peta pemikiran i-THINK yang diperkenalkan kepada pelajar sekolah. setiap satu jenis peta ini mempunyai fungsi-fungsi yang tersendiri.


   
      PETA BULATAN


Proses pemikiran: mendefinisikan mengikut konteks

Peta bulatan digunakan untuk proses sumbang saran idea dan menyenaraikan pengetahuan sedia ada berkaitan sesuatu tajuk dengan maklumat mengikut konteks.

    
   PETA POKOK

 PROSES PEMIKIRAN: MEMBUAT PENGELASAN

 Peta pokok digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.


     
  PETA TITI

         Proses pemikiran: analogi, hubungan yang sama dan mencari faktor perhubungan.

     Peta titi digunakan untuk mengaplikasikan proses analogi menggunakan faktor perhubungan.
      


PETA BUIH

Proses pemikiran: menerangkan atau memerihalkan menggunakan adjektif.

Peta buih digunakan untuk memperkaya kebolehan pelajar bagi mengenal pasti dan memberi kualiti dengan meggunakan adjektif atau kata sifat.


PETA BUIH BERGANDA

Proses pemikiran: banding beza

Peta buih berganda digunakan untuk menunjukkan perbandingan serta menunjukkan persamaan dalam sesuatu topik.

PETA DAKAP

Proses pemikiran: hubungan bahagian-seluruh

Peta dakap digunakan untuk menganalisis objek fizikal.


PETA PELBAGAI ALIR

Proses pemikiran: sebab dan akibat

Peta pelbagai alir digunakan untuk menunjuk dan menganalisis hubungan sebab dan akibat.


PETA ALIR
Proses pemikiran: urutan

Peta alir digunakan untuk menunjukkan turutan atau proses yang berlaku.
Di sini saya sertakan video yang menampilkan peta i-THINK dalam bahasa badan.


No comments:

Post a Comment